About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Tuesday, April 24, 2012

22:78

Assalamualaikum wbt Smile

Alhamdulillah, respiratory system masih sudi menghirup udara, cardiovascular system masih bersemangat mengepam darah, digestive system berselera sekali menjamah nutrient nutrient dan system2 lain juga turut bahagia. Alhamdulillah, all praise to Him.

“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur’an) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah salat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia-lah Pelindungmu; Die sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”

Al-Hajj : 78

Jom tadabbur ^___^

Ayat atas ni antara ayat favourite saya. Okay, kalau kita tengok ayat ni. Ada sikit contradiction. Macam, kalau dalam medical care, lecturer saya selalu pesan, “In any case, you must first diagnose the symptoms, because contra indication may occur if we treat patient with wrong drugs”

So, apa yang contradictionnya dalam ayat ni?

Dalam ayat ni, Allah berfirman, bahawa “Dia tidak menjadikan kesukaran dalam agama..” Maksudnya, kita takkan susah la kan?

Then, ayat tu disambung.. “Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim..”

Okayy. CHOPP siapa kenal nabi Ibrahim angkat tangan!

hands-up

Alhamdulillah, ramai yang kenal. Of course lah kan, masa kecil2 dulu suka nyanyi lagu nama2 nabi and plus, masa bulan puasa, ada rancangan Kisah2 Anbiyya’ kat TV3, menarik sangat rancangan tu! Sepanjang 20 tahun hidup, dari kecil mendengar kisah2 nabi, sehingga besar dan mendengar dengan lebih serius dan mendalam mengenai sirah nabi dan rasul, kisah Nabi Ibrahim antara yang paling sukar kehidupannya.

Kalau kita baca surah Ibrahim, memang banyak dugaan dan cabaran yang dilalui baginda.

Nabi Ibrahim bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai seorang yang merasai nikmat Islam seperti kita. Ayahnya seorang pembuat berhala. Nabi Ibrahim telah pecahkan berhala-hala tersebut sehingga ingin dia hampir dibakar oleh kaum jahiliah ketika itu. Kemudian, setelah berkahwin, beliau juga lambat dikurniakan cahaya mata. Apabila dikurniakan cahaya mata, Allah menurunkan perintah supaya menghantar Siti Hajar dan Ismail nun jauh ke Makkah. Kemudian, apabila bertemu semula dengan Nabi Ismail, beliau diperintahkan pula untuk menyembelih anaknya sendiri.

Cuba letakkan diri anda at least 1 sec in his shoes. Tak mampu kan? Berat.

Tapi kenapa Allah berfirman, tiada kesukaran dalam agama?

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

So, with every difficulty there is relief; indeed, with every difficulty there is relief.

94: 5-6

Sesungguhnya bersama kesusahan itu diiringi kesenangan. Allah menghantar burung-burung kecil untuk memadamkan api yang ingin membakar Nabi Ibrahim. Allah mengurniakan zuriat soleh kepada beliau. Allah memudahkan urusan Siti Hajar dan Ismail dengan menemukan mereka dengan telaga air zam zam. Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk disembelih.

Benarlah ayat ini. “Maka laksanakanlah salat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia-lah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”

Mungkin dalam usaha untuk terus tersabat dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini susah. Payah. Begitu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan, sama ada suka ataupun tidak. Nak istiqamah dalam sesuatu perbuatan, susah. Nak redha dengan ujian yang datang tiba2, susah. Nak berubah menjadi yang lebih baik, juga susah. Kadang kadang rasa macam, go with the flow sahajalah. Susah betul nak tetapkan hati. Tapi ingat, only dead fish go with the flow. Make a step.. Memang payah tapi… berpegang teguhlah pada Allah, Dia sebaik sebaik penolong. Yakin, have faith. InsyaAllah.

p/s : tadi terbaca status Cik Bintul Shahrain :

received a letter from uni of otago (mula2 saspens adakah surat sruh berenti skolah sbb cuti lama sgt ;p)

rupanya they are asking for my participation in their research regarding upper limb injury since they knew ive visited fracture clinic/physio recently.

all i need to do is to attend the interview session n i will get $50 grocery voucher.

bersama kecederaan juga ada rezeki :)
alhamdulillah makanan drpd hadiah hamper pun baru je disentuh. sungguh rezeki dtg dr arah yg x disangka2 ^__^

p/ss: Tak rasa sweet ke, Allah cakap “Dia telah memilih kamu…..” “Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu…”

p/sss: Semoga diberi kekuatan.

Wallahualam. Assalamualaikum

1 comment:

Daisypath Graduation tickers