About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Wednesday, April 13, 2011

удачи вам!


This is the day. SIGNORA OMICIDI, goodluck. let's enter the court, and do our best :D
Ya Allah, berkatilah perjalanan kami, dan semoga kami selamat pergi dan kembali. Amin :)

Bye bye Volgo, see you in 4 days. Moscow, hey we meet again, insyaAllah.

Assalamualaikum.


Assalamualaikum.

Sunday, April 10, 2011

Of Flower and Plants


Each flower is a soul blossoming out to nature.
Gerard De Nerval
Assalamualaikum :)

Anda semua suka bunga? Saya pun suka bunga. Saya percaya ramai orang di luar sana menyukai bunga. Bunga ni ibarat simbol pada kecantikan alam semulajadi kita. Sekarang kat Russia dah pun masuk pertengahan spring. Tapi bunga bunga yang cantik masih belum tumbuh menghiasi bumi Volgograd ni. Sabar sabar Nawal, good things don't come in rush, so did beautiful flowers :D

Ada satu cerita, seorang wanita sangat sedih kerana tiada seorang lelaki pun pernah menghadiahi dirinya sekuntum bunga. Dia meluahkan kesedihan itu pada seorang rakannya. Rakannya dengan berhikmah menjawab,

"lihatlah sekeliling, kamu nampak bunga?"

Wanita itu mengangguk. "tapi kenapa?"

Rakannya menjawab " Kita sering mendamakan sesuatu daripada manusia, tapi kita tak sedar bahawa terlampau banyak benda yang indah telah dihadiahkan Allah kepada kita. Allah telah menumbuhkan serta memekarkan bunga bungaan yang cantik untuk kita. Bersyukurlah. Bunga itu hadiah dan kurniaan oleh Allah buat kita semua :)"

Menarik kan?

Okay laa. Sebenarnya tujuan sebenar saya tulis entry ni untuk memperkenalkan korang semua pada An An dan Alia. Ahaha, fine fine, An An dan Alia ni bunga Rose Margaret dan Halia yang ditanam oleh roomate saya yang sangat rajin, Ieka! Jom sama sama menanam. Bole tengok bunga cantik! Boleh jugak berbudi kat tanah! HEHE.

ps : An An dan Alia, cepatlahhhh tumbuh! Tak sabar nak lihat kamu. HEHE
pps : Ieka, thank youuu sebab rajin menanam, saya pun boleh menumpang tengok! HEE
ppps : Salam semua :)





Tuesday, April 5, 2011

Tentang Diri Saya :D



Assalamualaikum WBT.

Rasanya dah lama tak cerita pasal diri sendiri. Apa saya buat? Apa
saya
makan? HAHA macam lah orang mahu tahu sangat kisah kamu tu Nawal, perasan! Okayy la hari ni balik kelas lewat, pukul 6. Jadi nak menulis panjang pun rasa tak larat, so pendek pendek jela ehhh. Kita guna prinsip K.I.S.S. (keep it simple n sweet) Harasho?

Jadi, Ahad lepas, saya dan Ayu dan Nasir bersama sama pergi ke Sportmaster. Ce teke ce teke kitorang nak buat apa? Ahaha kitorang nak beli roller blade. Saya and Ayu jela yang beli roller blade. Nasir nak tolong beli untuk Yusri. Huhu. Jadi lepas sesi try mentry, akhirnya saya beli roller blade ni! Pink is so my colour. BAHAHA. Saya harap lepas ni saya dan Ayu semua semua orang yang suka main roller blade boleh main sama sama kat Naberezhnaya! Yayayayay ;D *excited*






EHHH okayyy la Ayu dah ajak saya makan! Nanti Ayu membebel pulakk. Lagipun nanti dia lapar. Saya pun lapar. Sian perut kitorang! Jom jom makan! AHA ni pulak desert yang saya saja saja buat. Nama dia "Banana Split Pirate Yang Gembira!"

Assalamualaikum :D




Sunday, April 3, 2011

Normal is Majority?


Assalamualaikum :)

Okayyy. Di waktu sedang menaiki tram untuk ke latihan futsal, sambil disinari mentari pagi, ditemani pemandangan bunga-bungaan yang sangat indah (tulips, lilly etc) (TEEEETTTT NAWAL TIPUUUUUUU)

haha. KEBENARAN : Sewaktu sedang menaiki tram untuk ke latihan futsal, sambil disinari mentari pagi, ditemani pokok pokok yang masih tidak berdaun (HAA baru betul)
By the way, hari ini dah 3 April. That means spring sudah pun masuk hari ke 35 nya. Namun, masih tiada bunga pun sampai hari ni. Mana bungaaa? Mau bungaaa? Hep Nawal, jangan mengeluh. Semua ni kejadian Allah, siapalah kamu nak mengeluh? Okay baiklah insaf. Ya Allah semoga bunga bunga ciptaan Kau akan tumbuh mekar di Bumi Volgograd ini tidak lama lagi :)

Okay, saya tahu perkara perkara berkait di atas tiada kaitan ye dengan tajuk post ini. Wow tajuk yang agak bergaya serius dan matang. Aha, apakah yang bakal diperkatakan oleh diri sendiri ini? Mari sama sama baca dan fahamkan. *ayat ala ala buku teks zaman sekolah dulu*

Untuk mensimplekan ceritera saya, begini sebenarnya. Sabtu lepas, during Lecture Histology, lecturer saya iaitu Mr Valerie bertanyakan pada kami, what is mean by normal? Kami yang macam konon konon khusyuk mendengar padahal fikiran melayang ni pun macam senyap je tak menjawab. HEHEHE typical laahh tu! So Mr Valerie pun menjawab sendiri (A.K.A memberi jawapan kepada kami). Die memberi contoh, masa dia sekolah dulu, for someone to own a cell phone is rare. Memang masa die sekolah dulu pelik yang amat lah kalau ada student yang ada handphone sendiri.

So, we called it as "TAK NORMAL UNTUK MEMILIKI HANDPHONE".

Taaappiiii, nowadays, zaman kite semua ni, memang semua orang pun memiliki handphone. Kalau mula mula berkenalan tu, mesti tanya, "apa no fon awak?" Kan? kan? kan? Bukan tanya "awak ada fon?".

So, we called it as "SANGAT NORMAL LAH UNTUK MEMILIKI HANDPHONE."

Jadi kami semua pun macam jelas lah apa yang diperkatakan Mr Valerie tu pasal normal. Then, berbalik pada cerita penipuan tram saya tadi, I came up with this idea laa masa naik tram tu. Saya bertanyakan diri sendiri? So sesuatu benda tu dikatakan normal lah kalau majority buat? Yelah, macam contoh fon tadi. Lagi apa ye? Oh macam budak kecik ada facebook, normal lah kan? Adik saya yang kicik pun ade! Ni facebook die, Nurin Aimi Budak Paling Kicik Di Dunia.

TAPI! (banyak betul tapi) orang kata tak elok banyak tapi ni. Tapi saya nak tapi jugak. HEHE. Sebenarnya, normal itu majority doesn't apply in all situations! Kalau masyarakat kita memiliki mentaliti bahawasanya normal itu majority, susah laa. Why why why?

Okay, mari sini saya bagi contoh. RASUAH. Ramai kan orang buat? Jangan kata tidak, ramai okayy. So kalau orang buat, means, normal lah tu kan?Rasuah itu normal. Jadi kalau normal, apa salahnya kite buat? AHA sudah salah persepsi di sini. Rasuah tak bagus taw!

Quoting "A woman's beauty is not a gift to men - only a bribe"

Lagi lagi? Apa lagi exception untuk (NORMAL=MAJORITY) ni?

DRUGS. Oh man, cuba kira berapa ramai penagih dadah kat dunia ni? Uncountable kan? Kalau belajar English dulu, drug's addicters ni boleh masuk same golongan dengan water, sugar, sand, and etc. UNCOUNTABLE NOUNS. Memang lah ada statistik. Tapi it is just a statistik, not an exact number. Gula pun bole kira statistik kan? Volume mass boleh guna. So kalau penagih dadah ramai, hisap dadah itu normal. TEET. Tidak tidak tidak sama sekali.
это совсем не правда!

So secara konklusi nya, tak semestinya apa yang majority buat itu, boleh dikatakan normal. Bilangan itu tidak menentukan sama ada perkara yang kita buat itu baik atau tidak. Eventhough you're in BIG group, doesnt mean you're doing the right thing. So be wise and think :D

Till my keyboard is typing again. Salam :)