About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha dan Pengorbanan.

Salam Aidiladha J

Hari ni adalah hari yang dipanggil Hari Raya Aidiladha. Seluruh musliman dan muslimat menyambutnya di serata dunia.

Namun, satu persoalan yang bermain di benak fikiran saya, sejauh manakah penghayatan dan pengertian aidiladha dalam diri setiap individu? Adakah Aidiladha ini sekadar satu perayaan yang sudah menjadi budaya untuk disambut oleh seluruh muslim apabila tiba 10 Zulhijjah?

Sesungguhnya, saya sendiri adalah insan yang lemah lagi tidak berilmu untuk memperkatakan tentang ini namun, tidak salah bukan untuk menyampaikan pendapat? InsyaAllah..

Jika kita melihat dari segi nama hari ini sendiri, hari raya Aidiladha ataupun, Hari Raya Korban. KORBAN – satu perkataan yang mempunyai tafsiran berlainan dalam diri setiap individu. Lalu saya bertanyakan pada diri sendiri, apakah pengertian bagi diriku? Pada pendapat saya, korban itu membawa erti pengorbanan yang kita lakukan. Tidak semestinya kita harus berkorban binatang. Namun, dalam kehidupan kita seharian sekalipun, banyak pengorbanan yang kita boleh lakukan. Belajar juga boleh dianggap suatu pengorbanan, jika niat dan tujuan belajar itu ikhlas demi agama. Dari sedikit pembacaan yang saya lakukan, korban dari segi bahasa bermakna “dekat”. Manakala dari segi istilah korban bermaksud “menjalankan perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya”. Jika direnungkan, pengertian itu terletak dalam diri setiap individu, dan pengapliaksian itu juga terletak ke atas diri setiap individu. InsyaAllah, mari kita semua memperbaiki diri untuk menjadi muslim dan muslimah yang sejati. Aminn..

Alhamdulillah, aidiladha kali ini disambut dengan penuh kesyukuran. Walaupun aidiladha kali ini hanya disambut di dalam kelas, tapi tiada sedikit pun penyesalan ataupun terkilan terdetik di hati. Mengapa? Kerana saya tahu saya dan rakan-rakan seperjuangan sedang melakukan pengorbanan, insyaAllah. Seperti riak pula bila berkata begitu, namun insyaAllah, itu hanyalah suatu perkongsian. Suasana aidiladha di sini sememangnya jauh berbeza dengan aidiladha yang biasanya disambut di Kelantan. Walaupun kemeriahan itu sukar untuk dirasai, saya bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang menemani di hari yang mulia ini. Syukran ya akhi wa ukhti :D

Hari ni first time berbaju kurung ke kelas. Wahh, hamper semua Ruski memandang pelik terhadap kami. Terlalu berwarna warni dan berbunga bunga agaknya! Sabar jela. Tak kurang juga ramai yang memuji kecantikan kami, terutamanya golongan babushka (nenek). At least dapay juga tunjuk budaya Malaysia di sini. Yay!

Kepada seisi keluarga, ma, abah, adik, dan aimi, kakak rindu sangat kat korang!! Mesti tak best kan raya tak ada kakak? Ahahahaha. Makan sup daging, daging bakar, gulai daging, jangan lupa kakak! Wuuu, dulu tak pernah nak appreciate daging korban ni, sekarang ni teringat ingat pula. Macam nil ah manusia tak pernah bersyukur. Nawal oh Nawal..

Juga tak lupa kepada semua rakan rakan tercinta, tak kira di mana anda berada, sepupu sepapat tersayang, guru, pensyarah dan semua yang mengenali, Salam Aidiladha dari saya, Nawal Amalina binti Muhammad Asri.

Baiklah, perjuangan harus diteruskan, entry juga harus dihentikan. Till next entry! Wassalam..

p/s : Segala yang baik itu dating dari Allah dan segala yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Jom sama sama perbaiki diri!

Sunday, November 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY ABAH :D

Salam..

-15 November 2010-
"Happy Birthday Abah"

Specially posted for Encik Muhammad Asri,

Semoga abah sentiasa diberkati, dan diberi kemudahan dalam kehidupan. Kakak minta maaf sekiranya kakak tak menjadi anak yang baik untuk abah. InsyaAllah, kakak akan memperbaiki diri untuk menjadi anak yg lebih solehah :)

Terima kasih untuk segalanya, dari kakak lahir sampai sekarang. Segala jasa abah takkan kakak lupa sampai bila-bila. InsyaAllah, kakak akan balik dengan kejayaan suatu hari nanti.

Kakak harap abah akan sentiasa diberi kesihatan yg baik, hidup yang gembira, dan rahmat serta hidayah daripada Allah. InsyaAllah...

Abah, kakak sayang abah :)

Wednesday, November 10, 2010

My Today :)

Assalamualaikum pembuka bicara .

Hai :D

Hari ni saya sangat seronok! Saya puasa hari ni, yay! Puasa di Russia sangat seronok, lagi lagi masa late autumn ni, maghrib pukul 4.30 petang! Bahagia kan? Tapi saya berbuka lewat 1 jam sebab kelas habis pukul 5.20. Dan malangnya hari ni tak ada rehat masa kelas. Terpaksa lah menahan perut yang sangat lapar itu. Tak apa, perut sangat sabar dan baik. Dia senyap sahaja, tak nak merunsingkan saya barangkali. Jadi balasan untuk perut yang beratitud sangat baik, saya isi dia dengan jus oren dan roti coklat. Sedap! Sekarang saya sedang tunggu Jiha (group memasak ) sedang siapkan dinner.

OKAY, what happen around the world today?

Saya mahu berbicara tentang SOLAT hari ni. Oh, jangan salah faham. Ini bukan sesi tazkirah, sekadar mahu berkongsi “what happened to me”. Hari ni saya tak berjaya menyimpan wudhu yang diambil awal awal di hostel. So saya pun pergi ke tandas untuk berwudhu. Beginilah situasinya :

-masuk tandas-

-OKAY, tandas ni sangat penuh dengan org Ruski (Russia)-

-whatever lah, jom amek wudhu-

-tanggalkan apa apa yang patut-

-bergerak ke sink dan mula mengambil wudhu-

-ERRRRR, kenapa semua mata pandang saya?-

-pelik sangat ke?-

-relax2. Amek cepat2-

-FUHHH, finished!-

-okay jom keluar cepat2-

Okay, lebih kurang macam tu lah. Even saya dah stay about sebulan stgh kat sini, today adalah hari yang saya rasa semua orang pandang sangat pelik bila tengok saya berwudhu. Pandangan diorang macam macam tafsiran lah. Maybe diorang terpegun kot tengok betapa “pembersihnya” saya. Mencuci dengan teliti sekali. Sabar je lah!

Ini cerita lain pulak. NASIRUDDIN MANSOR. Ini adalah groupmate saya. Hari ni, dia berkarya dengan sangat baik. Kerja seni nya boleh dipuji. Oh Nasir, seronoknya essay kamu!

NASSIRRRRRR!!! –rasa seperti mahu menjerit-

Why? Nak tahu? Teruskan membaca.

Homework Russian language : make an essay about clothes. Make a story.

Nasir’s answer sheet : -in Russian Language-

Translation : tomorrow will be my best friend, Nawal’s wedding. She will wear…..BLA BLA BLA….. And her husband _ _ _ _ _ will wear…BLA BLA.

NASSIRRRRRRR! Kureng asam kamu. Berblusher free aku depan lecturer tadi! Sangatlah bijak dan menarik jawapan kamu. Hu. Pernah dengar pantun ni :

ADA UBI ADA BATAS, ADA HARI AKU BALAS. Wahahahak. Nantikan!

(hehehe, kepada Nasir : ini gurauan semata mata)

Hari ni bumi Volgograd sangat berkabus! Saya terasa seperti berada dalam filem Sweeney Todd. Dan saya adalah watak penakut. Snow nak turun barangkali.

Baiklah, saya berceloteh lain hari lain masa pula ye? Sangat teruja bila ramai kawan nak follow blog. Famous jugak aku ye?

Salam 1Volgograd. _dr Nawal_

Tuesday, November 9, 2010

UNTITLED

DOBRI DEN

Translation : Good Day!

Salam (hehe, kan elok kalau bg salam je). Takpe lah sekali sekala kita variasikan greetings. Variasi itu kan seronok. Hari ni saya tulis blog sambil dengar lagu, baru feeling sikit masa menulis. DUHH FEELING LAH SANGAT. Jadi distraction ada lah.

Tadi buka facebook, enda asked for my blog address. BOZHEMOI (OMG)! Malunya, enda, if you are reading this, alin sememangnya tak pandai menulis. Tapi disebabkan kegedikan yang menular dalam diri, maka gediklah jua tangan ni nak menulis. But, enjoy lah baca blog yang tak seberapa ni.

Tadi lecturer cakap ada test next week. BIG TEST. Alamak. Macam mana ni. Hai cik Nawal, takkan gelabah kot?

Jawapan : ye ye sy sangat gelabah! Sy ada 2 tests next week. Bagaimana? Saya harus study, saya tidak boleh buang masa, saya tak boleh online, saya tak boleh makan, saya tak boleh tidur, saya harus study!

(JAWAPAN MACAM NAK KENA PUKUL).

Helo helo. Relaxlah awak. Baru 2 tests. Test banyak banyak ni biasalah. Kalau awak study, usaha and bersedia secukupnya, insyaAllah awak boleh buat. Eish! Janganlah sampai tak nak makan and tak nak tidur. Kesiannya badan awak. Nanti dia sakit merajuk dengan awak. Study study jugak, tapi hidup hidup jugak ye awak. NAWAL AMALINA, live a live!

Ehem, tadi buka blog, tengok followers dah jadi 5. YAYAY. Followers dah 5, entry baru 4. Jadi untuk menambahkan followers, kena lah tambah entry banyak banyak. And tak nak lah bagi orang baca benda kosong kan? Baiklah baiklah, saya akan menambahkan entry2 bermanfaat nanti. InsyaAllah.

Okay, I think that’s all for today. I hope I have strength to write for tomorrow. Bye bye wahai blog.

p/s : Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidupku di bumi Russia ini. Aminn.

ASSALAMUALAIKUM.

Monday, November 8, 2010

WAHAI BLOG BERHABUK. hachhooom!

Assalamualaikum 
Berhabuk rasanya blog saya ini. Maaafkan lah aku wahai blog, saya tiada masa untuk menghias anda.
HAHAHA. Secara tiba tiba hari ini aku rasa macam nak menulis. Then aku fikir, gaya bahasa apa yg aku perlu guna ye? Apa yg aku nak tulis? AAAH. Tak payah fikir, jom tulis je.

Alhamdulillah, sekarang ni aku dah selamat tiba dan hidup di bumi Russia ni, spesifiknya di Volgograd. Hari hari kat Russia ni sangatlah berbeza dengan hari hari yang aku lalui kat Malaysia dulu. Dulu, secara jujurnya, aku tak pernah rasa hidup ni sangat susah. Tapi, after all I’ve been through here, now I know how hard to be a man. –AKU BERKATA-KATA SEPERTI ORANG MATURED-

Officially wahai blog, sy isytiharkan anda sebagai diari saya untuk melayan pelbagai perasaan di Russia ni. Sabar ye?

Let’s talk about today, so what did I do?
1. Wake up, solat, breakfast, go to class
2. RUSSIAN class , my face was like this -_-
3. Chemistry, grrrrrr..NEED TO STUDY MORE!
4. GJ (Gloria jeans) – bought a shirt
5. Home ^_^
6. Dinner, salmon, salad n rice. (whatever)
7. ..n now im writing.

My routine everyday lebih kurang macam ni lah. Sometimes I feel like I’m leading a dull life. How to give it colour eh? _________  anyone fill in the blank?
DEAR NAWAL, sabar dan tabah itu penting dalam kehidupan ini. Tiada apa yg senang untuk dicapai dan digapai, berusahalah dan berserahlah kepada Allah. Sesungguhnya ada sinar di penghujung jalan untuk setiap org yg berusaha, sesungguhnya ikhlas demi agama Allah. InsyaAllah…
Masa dah berlari nampaknya, sorry wahai blog, saya terpaksa pergi dahulu, nak mengejar masa yg berlari pantas tu!

MASA, tunggu!

Oh, assalamualaikum :D

Tuesday, July 6, 2010

Am I A Writer?

Assalamualaikum wbt...

Drasvuite :)

HAHA. Okay. Stop laughing. A friend of me said it is not cool to laugh in a blog. Really? I don’t know. Hey! I am Nawal Amalina. Feel free to call me anything. I am 17, and going to be 18 in a few months. Yay! But, I have the mind of 12 year old gediq girl (quoting someone, thank you).

Okay. Lari topic sudahh...

Am I A Writer? Dah terang lagi bersuluh itu adalah tajuk yg poyo. Dan jawapannya :

Oh no no. I cant write. I know how to write, instead I can write in 4 different languages. But, I am not a writer. I am not the person who can type 15000words in a minutes, nor not the person who have the branches of idea when writing. HAHAH. Stop mumbling! FULL STOP.

:::So, this blog would be :::

1. Another medium for me to MENCAPUB. Anyway, Facebook : Nawal Amalina

2. As a documentation of my daily life. Someday, i would publish this when I am a ‘somebody’.

3. To express my feeling in words! I talk so much already.

4. Improve my English (secara tiba2 speaking)

5. N... haha, enough.

So, happy reading J

p/s : credit to Kak Ida for this nice blog :D PINK IS SO MY COLOUR!

Sunday, July 4, 2010

First Steps


I am the creator but I won't be the writer. I am a writer but not for this site err...
Just testing to see how things are working.

Alin, if you don't think it's up to your standards or that it's quite difficult to navigate [because this is a customized template] just tell me. Or if you've got the hang of things, you can change things by yourself.
Daisypath Graduation tickers