About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Monday, October 10, 2011

Hidden Rock

 

Assalamualaikum wbt.

Dear readers, did you ever see hidden rock? Nahh, it’s hidden anyway. How can we see it?

Let me share something before the mysterious hidden rock will be revealed..

As Napoleon Bonaparte said once. He was a great man of war, not a really devine person, but yet, he achieved ( or at least i think he did ) his goals by himself.
Pardon me if I interpret this quotation wrongly, but for me, as long as it suits a situation, then it can be used. To achieve something, we have to do it ourselves. Cheating, a thing that can lead to more sins and problems later on. You may not see it yet as you cheat, but later, I can assure that at one point of your life, you will think that you wish you never cheated before. Cheating is universal. You can cheat in life, love, well basically, anything as long as there is a truth somewhere.
As a human, I am not perfect. I used to cheat. Not frequently, but I did that. But, alhamdulillah, Allah has mercy for me. He gave me the most wonderful lesson. I was caught for cheating. I heard that people say, if you don’t cheat in this world, you can’t live. I assumed those person who said that already giving up in their life. Do you the meaning of syahid? Person who lose, but with dignity. In this world, you can be only 2 persons, either winner or loser. Now, I would prefer to fail with honor, than to win by cheating. It’s either you win as mujahid or you lose as syahid. InsyaAllah.
What good does it comes if you win unfairly? A simple situation, like in a marathon race. You clearly know that Mr X can beat you in a fair race. Therefore you take a shortcut to win over him. And yeah, you won. You know what I would call that? A cheap win. Where’s that feeling you SHOULD felt when winning. Like the anxiety, the merry feeling and satisfaction of winning with your own hard work. Isn’t?
Go play a game, and use cheat. A game that should be at least 15 hours of play time could be finished in 1 hour. Sometimes, its not the result that matters, but its your hard work.
A person who cheats doesn’t only cheat other people, but that person is cheating himself and god. Nice combo.
Go eat a cake that someone else made. If it taste like crap, you’ll get upset. Eat a cake that you made by yourself, and if it taste like crap, you’ll still think its a job well done. *smiling*

So, dear readers, what is actually hidden rock?

Simply saying, hidden rock symbolized the cheating.

If it's a fair fight, it doesn’t matter if I get bloody nose.
But if the bloody nose is from someone with hidden rocks in its fist, then it's not fair.
So this time, fight me with your fist. Please do me this favor.

To be honest, to be fair. Allah loves people who honest and fair. When Allah loves us, insyaAllah everything will be as easy as wind flow in the air Open-mouthed smile (it rhymes ^^)

Keep your heart pink and healthy! Assalamualaikum.

p/s : thankyou Open-mouthed smile

Sunday, October 9, 2011

Little Thing Called “Happy”

Assalamualaikum :)

“Kalau anda gembira tepuk tangan!

Kalau anda gembira hentak kaki!

Kalau anda gembira, katakan pada saya, kalau anda gembira tepuk tangan!”

Ingat lagu ni? One of my favourite masa kecil kecil dulu. Maybe it’s yours too.

Masa kecil kecil dulu, senang kan nak happy? Kalau dapat anak patung, ke, dapat mainan baru ke, mesti sangat happy! Kalau saya dulu, dapat naik kereta pergi beli pisang goreng petang2 dengan ayah pun dah seronok lah! Lepas tu bila ayah pasang kaset dalam kereta, lagi lah happy! Itulah kanak kanak, seronok je hidup. Paling2 besar masalah pun kalau ayah tak nak belikan gula gula. Masa tu, tu lah masalah besar dunia bagi kita.

Masa kecil, hidup bahagia macam cinderella, ada ramai kawan2 yang baik macam snow white, and boleh tidur senang hati macam sleeping beauty!

seronoknya main!

Kalau dapat peluang balik ke zaman tu, mesti semua nak kan? I’m wondering, hehe.

Tapi, janji Allah, masa tu takkan boleh kita patah balik. Jadi, segala masa yang ada ni haruslah kita luangkan dengan sebaik mungkin, insyaAllah.

Okay, berbalik kepada happy ni. Bila umur makin meningkat, hidup kita yang ibarat fairytale tu lama kelamaan makin berubah jadi reality. Tsk tsk.. Banyak benda yang kita harus fikir, tak boleh jadi kanak kanak dah! Hidup pun tidak lah sehappy zaman kanak2. Namun begitu, happy tu masih ada. Tapi definisi gembira bagi orang dewasa ni berlainan daripada definisi gembira bagi kanak2.

Ada orang happy bila dia kaya.

Ada orang happy bila die pelajar terbaik dalam sekolah.

Ada orang happy bila dia selalu memakai baju yang cantik.

Ada orang happy bila dia ade teman lelaki yang hensem.

Tapi,

Ada orang tak happy bila ada orang lebih hebat daripadanya.

Ada orang tak happy bila miskin.

Ada orang tak happy kerana dia kurang menarik dan tidak terkenal.

Macam macam bukan?

Sesungguhnya manusia ini banyak ragamnya dan saya adalah salah seorang daripadanya. Dengan pelbagai masalah yang timbul, persaingan dalam komuniti, dan banyak lagi, sukar untuk kita kekal gembira dan ceria sentiasa. Akan tetapi, harus kita ingat sentiasa, this little thing called “happy” adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, insan yang bernama manusia. Sesungguhnya segala sesuatu yang wujud dan hadir di dunia ini datangnya dari Allah dan hanya Allah yang berhak menarik dan memberi perasaan tersebut kepada kita. Wallahualam.

Untuk sentiasa gembira, bukan lah material yang menjadi ukuran. Untuk menjadi gembira, bukanlah ditentukan orang rakan2 sekeliling serta persekitaran, namun untuk menjadi gembira, kita harus memiliki suatu sifat serta aset terpenting ini, iaitu, mampu untuk bersyukur Smile

Seorang pesakit kanser yang bersyukur merasakan dirinya sebagai orang terpilih kerana hanya segelintir sahaja manusia yang akan dipilih Allah untuk diberi peringatan tentang ajalnya.

Seorang wanita, walaupun tidak dikurniakan keupayaan untuk melahirkan anak, bersyukur kerana dengan kekurangannya itu, dia mampu untuk meluangkan masanya untuk melakukan kebajikan lain di jalan Allah.

Itu hanyalah sekadar beberapa contoh yang mampu saya berikan.

Jadi, kita juga harus sentiasa bersyukur dengan segala kekurangan dan kelebihan kita untuk sentiasa gembira Smile Namun begitu, janganlah anda menjadikan alasan bersyukur untuk tidak memajukan diri. Bersyukur tidak menghalang kita untuk sentiasa berusaha untuk memajukan diri!

InsyaAllah Smile

Be happy, be grateful of our life, insyaAllah our life will be as brighter as we want!

Assalamualaikum.

p/s : Realize something? This is not the new starting for me, but continuation of my blog with new spirit Smile InsyaAllah. Credit to my cousin, Dhuha Shahrain for new header!

p/s II : Antara perkara kecil yang manusia sering terlupa untuk lakukan adalah bermuka manis kepada orang lain.

Tuesday, October 4, 2011

AKAUN

Assalamualaikum Smile

Tengah2 study physiology ni, saya dapat ilham pula.

Ketika summer holiday yang lalu, saya menghadiri sebuah program. Dalam suatu slot, penyampai telah bercerita tentang ilmu. Katanya, ilmu jangan disimpan, sebarkan lah, ajarkan lah, dan turunkan lah pada rakan2. Biasa kita dengar bukan?

Katanya lagi, alangkah ruginya ilmu jika disimpan. Misalnya, anda seorang pelajar perubatan. Kononnya ilmu anda menggunung, luar biasa daripada orang lain. Waahh. Ilmu yang anda miliki tu mampu lah untuk mencipta satu kaedah baru untuk menyembuhkan kanser. Namun, anda ini seorang yang kedekut ilmu. Semuanya disimpan. Yela, jikalau dikongsi, anda tak semestinya akan jadi yang paling hebat, habislah akaun dunia anda kan? Tapi, dijadikan cerita (drama sikit) anda ditakdirkan untuk meninggal awal. Maka, mati lah anda beserta ilmu2 anda yang hebat itu. Ilmu yang tidak dikongsi itu turut mati bersama anda. Dalam situasi ini, anda memang akan diangkat sebagai pelajar terbaik, terpandai, terbijak, tergenius, paling epic kat dunia ni! Akaun dunia anda memang best lah!

TETAPI…

Alangkah ruginya anda!

Alangkah ruginya anda!

Alangkah ruginya anda!

 

Mengapa?

“when a son of Adam AS dies, then all his deeds are cut off except 3 things :

1. his alms that continues (sadaqa jariyyah)

2. his knowledge that is benefited by others

3. his pious child who pray for righteous for him. “

 

Mungkin akaun dunia anda mantap, namun akaun akhirat anda, wallhualam.

Mungkin dengan berkongsi ilmu, anda tidak akan jadi yang terbaik lagi, namun cuba anda bayangkan pahala yang mengalir itu?

Dulu masa form 5, ada topik dalam pendidikan islam, hidup di dunia sebagai pengembara. Jadi, tujuan hidup kita di dunia adalah untuk mencari bekalan secukupnya untuk kehidupan yang sebenar yang bakal bermula apabila maut menjengah.

Orang kata, hari pertama untuk berjumpa cinta sejati kita adalah pada hari kematian, jadi mahukah anda menempuhi hari tersebut dengan keadaan serba kekurangan?

Nauzubillahu min zalik.

Jadi, ayuh ayuh ayuh! Mantapkan akaun akhirat kita Open-mouthed smile

InsyaAllah jika kita beramal untuk akhirat, kehidupan dunia akan dimudahkan jua. Allah Maha Adil. Allah Maha Penyayang.

Namun, janganlah beramal untuk mengejar pahala semata2. Beramal lah dengan ikhlas. InsyaAllah ibadah kita diredhai.

Aseef jika ada yang kurang suka pada penulisan ini, saya sebenarnya terasa sangat rendah diri untuk entry ini. Saya juga seorang hamba Allah yang sedang berusaha jua.

Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk adalah kesilapan diri saya sendiri. Smile

notakaki : baru baru ini ada masalah dengan kad bank. alhamdulillah semua dah selesai Smile 

Assalamualaikum Smile

Daisypath Graduation tickers