About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Thursday, February 24, 2011

Story of BANANA STALL


Assalamualaikum. Good day everyone :D

Whoaa, looking at the title, it seems like I'm going to tell a story about banana. Aha, yeap, that's so true. Here goes the story...

Oopsss. kejap! Can I use malay? Aha, bukan apa, cerita2 ni kalau guna bahasa sendiri lagi syokk. Baru feel..

Beginilah ceritanya, di sebuah jalan yang bernama Jalan Flora Fauna 3, ada seorang mak cik tua yang bernama Mak Cik Dhuha yang sedang menjual goreng pisang (GOT ME. it's pisang goreng lah Nawal, sia sia saja kamu belajar BM, haishhh). Sambung cerita... Makcik Dhuha selalunya dibantu oleh anaknya yang bernama Tasneem. Tasneem memang seorang kanak kanak yang rajin. Walaupun mempunyai banyak kerja rumah, dia tetap meluangkan masanya untuk menolong ibunya. Memang anak solehah. Bapanya Faris pula sibuk bekerja mengerah keringat.

WOI. MANA CERITA PISANGG???????

lek lu, lek lu. ni nak cerita lah ni. sabar itu separuh dari iman. Biar lambat, asal selamat. (aku mula merepek kembali). Maka sebelum aku mula merepek, baik aku sambung cerita. Ala, pembaca jangan merajuk. Jom jom baca lagi kat bawah.

Maka tatkala mereka sedang duduk menunggu pembeli yang tidak kunjung tiba dari tadi, meluncur lah sebuah kereta Camry putih di jalan tersebut. Maka Tasneem berfikir, pasti kereta seorang doktor. Sebenarnya sangkaan itu meleset kembali kerana ahaha aku juga tidak tahu itu kereta siapa. Streeeeeeeettttttttt~~~ (ini bunyi kereta berhenti ye) Kereta Camry tadi berhenti di bahu jalan. Maka keluarlah pemiliknya, Cik Hannan. Cik Hannan tampak tergesa gesa. Dia berjalan laju, dan berhenti di gerai Mak Cik Dhuha. Ini perbualan ringkas mereka :

Cik Hannan : Sedap nampak goreng pisang ni. Bagi 2 ringgit kak. (CIK HANNAN MELAKUKAN KESALAHAN TATABAHASA)

Mak Cik Dhuha : Memang sedap pisang goreng saya cik. 2 ringgit ye. Boleh boleh. (MAKCIK DHUHA MEMANG PENCINTA BAHASA)

Untuk meringkaskan cerita, maka Cik Hannan membayar dan berlalu dari situ. THE END.

Best tak cerita ni? -.-"

HEHE. Sebenarnya cerita ni telah diceritakan oleh seorang guru BM kepada anak-anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Taman Cikgu. Guru tersebut, Cikgu Ida telah bertanyakan satu soalan kepada murid muridnya setelah itu.

Soalannya berbunyi : Mengapakah Cik Hannan membeli pisang goreng tersebut?

Murid murid Cikgu Ida sangat responsif nampaknya. Ini antara jawapan2 mereka.

Aisyah : Sebab die lapa lah cikgu. Alang alang ade gerai, berhenti lah beli. Ayah saya pun suka beli petang2.

Nas : Tak, tak, saya rasa sebab anak dia kat rumah pesan suruh beli. Yela, macam saya, suke pesan kat ayah saya.

Dee : Korang ni tak berpandangan jauh, sebenarnye jap lagi die nak lalu tol, takde duit pecah. Jadi die pun beli pisang goreng nak pecah duit. Bijak tak saya?

Hajar : Tak kot. Korang tak perasan ke soalan cikgu ni agak tricky? Saya rasa kan, mungkin die mengantuk kot. So die berhenti kejap. Beli pisang goreng, nak buat hilang ngantuk.

Maka Cikgu Ida bergelak berguling guling mendengar jawapan mereka. Macam macam. Kemudian Cikgu Ida memandang ke arah best student yang sopan santun, Alin. Maka Alin dengan coolnya menjawab :

Soalan ni soalan KBKK kan? Macam macam jawapan kita dah dengar. Sebenarnya semua jawapan pun betul. Soalan ni terbuka, apa apa kemungkinan pun logik. It depends on how we see it. Ada orang pendapat begini, ada orang pendapat lain pula. Sama la dengan soalan ni. Pandangan orang berbeza, maka jawapan pun berbeza. Betul tak cikgu?

Hanif : Betul betul, setuju setuju :)

Maka Cikgu Ida pun tunduk tanda setuju. :D

THE END.

Okay, sebenarnye kisah pisang tadi mahu saya kaitkan dengan budaya "judging people". Mari kita semua fikir, hanya 1 soalan yang diajukan tp banyak jawapan yang diberikan. Sesungguhnya manusia sangat mudah untuk mengadili sesuatu. Terlalu banyak tanggapan, mahu baik ataupun buruk. Kita semua mempunyai pandangan masing2, dan kadangkala kite mudah untuk judge seseorang or certain situation without knowing the real thing. Alhamdulillah kite dikurniakan pancaindera mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan mulut untuk berkata. Tapi kita harus sentiasa ingat, Allah juga mengurniakan otak untuk kita berfikir di samping pancaindera yang dikurniakan. Jangan kita mudah mengadili sesuatu hanya dengan melihat atau mendengar, tetapi guna lah otak untuk berfikir. Tiada sesiapa di dunia ini yang sempurna melainkan Allah SWT. Kita sebagai manusia yang hina tidak ada hak dan tidak layak sama sekali untuk mengadili seseorang dan bersangka buruk dan berkata buruk mengenai orang itu. Maka lebih baiklah jika kita gunakan segala tenaga dan buah fikiran kita yang selama ini ligat mengadili orang untuk mengadili diri sendiri. Baikkah aku? Sudah cukup sempurna kah aku?

Apa kata kita muhasabah diri dan cuba cari kesilapan diri sndiri dan mula meperbaiki satu persatu. Dengan begitu, bukan je kte dapat elak drpd bersangka buruk, malah dapat memperbaiki diri sndiri ke arah yg lebih baik. Namun jika kita melihat rakan rakan kita membuat kemungkaran yang nyata, kita wajib menegurnya. Amar maaruf wa nahi munkar. Jika tidak mampu dengan perbuatan, gunalah perkataan. Jika masih tidak mampu, bencilah dengan hati. InsyaAllah :)

Aha, penat sudah berkata kata. Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk adalah kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri :) Wallahualam.



Wednesday, February 23, 2011

HANDMATE :D


Assalamualaikum.

Harini cuti! Yay :D Kenapa Cuti? Sebab hari ni Men's Day. Kat Russia ni ada banyak perayaan yg takde kat Malaysia. Nnt 8 March ni Woman's Day pulak.

Cuti? Hmm Di Volgograd, definisi cuti adalah : Hari Untuk
Membuat Projek.
Jadi harini, saya telah jaya nya telah membuat kolaborasi dengan Cik Ayu :)
Seronok. Projek kami harini adalah, Jom Bukak Kedai Kek!

Alhamdulillah, kek dah berjaya disiapkan. Messy here n there, but we are satisfied much!
Mahu melihat? Mari mari.




Ini lah hasil hasilnya. Nak tau tak apa bestnye buat kek ni? 1 perkataan je, PUAS :D

Okay, cuba cuba lah ye rakan rakan :) Weeee. Suke nya harini!

Assalamualaikum :)

Wednesday, February 9, 2011

Meet My New Friends :D

SALAM :D

hehe. their name is TARO and BUNNY :D

a very BIG PINK THANKS to Kak Milin and Kak Hazirah for these two cute soft toys.

love them, and of course love both of you sooo muchhh! SUKE SUKE SUKE :D

with love, Nawal :)
Salam..


Tuesday, February 8, 2011

Today's cooking :D


Okie, ni lah yang saya masak hari ni :) Sape sape yang bijak, mesti dapat teka apakah masakan ini. AHAHA.

BURPPPPPPP. kenyang sudah.

Assalamualaikum :D

A date to Remember -8 Feb-

Ting Tong :) time to update my blog!

Assalamualaikum..

WHERE TO START? WHERE TO GO? ohhh i know. i should
start here!

Hari ni, sedar tak sedar, dah 08.02.2011. It has been a year since I registered myself at INTEC as one of the students for Russian Programme. And now, I'm officially VSMU student. Laju blink blink kan masa berlalu? Somehow I just don't believe that I'm already here. That's human, sometimes we went through time without realizing it. Yeaa? Hehe, so, using my own medium, I hereby, sincerely wish Happy Anniversary to all my Russian ProgrammeMates Friends! Aha, it's been nice to know, be friend, play, work, laugh, eat, sleep together with all of you. Once a friend, forever a friend. Okay buddies? Goodluck to all of us, wherever we are now.
And also, acknowledgement to all my lecturers in INTEC. should i say, all of you ROCK! (haha, you knew it huh)

TEET. tutup cerita dengan senyuman puas :)
Buka cerita baru dengan senyuman manis :)
(OKAY, sama je)

Semalam, setelah mengumumkan pada 1 dunia bahawa saya telah jatuh tersembam. Inilah antara feedback yg saya dapat.

Orang 1 : Nawal, hati hati!
Orang 2 : Eish, camne boleh jatuh? Jalan elok elok lain kali, hati hati!
Orang 3 : YEKE?? hati hati lahh nawal oi. kau tu dah la kecik!
Orang 4 : HAHAHAHA. padan muka, hati hati wei.
Orang 5 : Kalau awak jatuh lagi lainkali, saya marah. hati hati please?

AHAHA. begitulah ye lebih kurang. Jadi mana mana feedback pun tak lepas dari perkataan HATI HATI. okay, saya anugerahkan perkataan hati hati sebagai WORD OF THE DAY :D
YAAAAYYYY!


BESAR tak? Baiklah, hari ini saya berhati hati.
Hasilnya........JENG JENG JENG *sound effect*















aha, saya keluar pada pukul 7 pagi dan sampai ke kelas pada 8 pagi! Tepat dan punctual tak saya? HAHA, by the way, terima kasih sekalung budi pada yang mengambil berat! Hari ni saya tak jatuh dah, alhamdulillah :)

Today's class is okay and thanks to Miss Martinson for letting us go 2 hours earlier :)

So balik rumah, oh ye, hari ni turn sy memasak. JOM MASAK. Dan hasilnya?

MISTERI.. lihat next entry lah ye :D

Salam semua :)

Monday, February 7, 2011

Mencari Semangat Yang Hilang :)

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum semua :D

(baca ini dengan membayangkan sy sedang angkat kedua dua tangan sy) – BAIKLAH sy mengaku bahawa saya lah manusia paling pemalas untuk mengupdate blog. Jadi, hari ini dengan kuasa saya sebagai pemilik rasmi blog ini, sy mengisytiharkan bahawa saya akan mengupdate blog ini sesuka hati saya, bila bila masa saya suka. Tiada lagi janji janji manis seperti dahulu ye J

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

OKAY, today’s topic. Hari ni, Sem 2 dah start. Saya, biasa biasa saje. Bak kata orang, semuanya kena besederhana sahaja, kan kan? Saya takut untuk semangat lebih lebih sebab saya tahu saya ni HANGAT HANGAT tahi ayam. Jadi Sem 2 ni saya decide untuk semangat biasa biasa saja. Semangat juga tu kan? AHA, okay la tu, cukup syarat. J

Saya juga dah announce pada satu dunia bahawa saya jatuh di tengah jalan hari ni. Jadi, tak perlu lah bercerita lebih lanjut mengenai itu. SATU DUNIA PUN SUDAHHH TAHU. Facebook menyenangkan komunikasi. Hehe.

Bercerita mengenai semangat saya, saya ada satu semangat yang spesifik, iaitu saya TAK MAHU JADI SLEEPING BEAUTY dah sem 2 ni. Ramai tahu, okay at least roommate saya sudah tahu bahawa saya ini kuat tido. Tido itu kebahagiaanku. Tapi sekarang ni saya harus tinggalkan dia. Dia bagus untuk kesihatan, tapi apabila dia bertindak lebih lebih, itu sudah menjadi tidak bagus. Jadi, pada malam yang sejuk bersemi ini, saya sudah berazam untuk tidak tido. Agak berjaya pada mulanya. YAY :D namun, kan saya dah cakap tadi sy ni hangat hangat tahi ayam, lalu perasaan mengantuk itu dengan tidak segan silu menjegah hati nurani saya. BUHUUUU awak jahat! Nak tahu apa terjadi selepas itu? Wahh mari mari saya ringkas kan :

Saya hampir kalah. Ohh saya terpaksa kalah malam ini. Tidak tidak saya tidak boleh kalah. Wahai diri saya, janganlah saya kalah. Tidak, saya harus mengaku kalah…………..KEKALAHAN itu sudah ketara walau tak bersuluh juga terang nampaknya kekalahan itu. TERENG TERENG TERENG *sound effect yg agak sedap* NOOOOOO!



Hehe. Ye, saya hampir tumbang, namun, jika saya tumbang, tidaklah saya menulis sekarang kan? AHAHA. Wahai pembaca bijak lagi bijaksana, saya pasti anda semua tahu kesudahannya bukan. Ye ye, saya di sini, sy menang :D DUSHHHHH kamu nafsu tido saya. I got over you tonite. Jadi, kesimpulan pengajaran moral of the story saya dapat pada malam ini…

“Wahai Nawal dan insan insan lain sekalian, kekuatan itu bukan untuk ditunggu, namun harus dicari”

OKAY?

Actually saya sungguh tiada niat untuk menulis malam ini. Tapi saya lihat ramai rakan rakan update blog mereka. Lalu hati saya secara berbunga bunga pula mahu update. Ramai rakan bercerita tentang exam result yang baru lepas. SEM 1 saya adalah rahsia diri saya. Kesedihan kekecewaan sudah saya selubung dalam selimut dan buang dalam Volga River jauh jauh. All I need to do now is to look ahead, dan strive for my future. SEM 2, here I come. I will be good to you, I sincerely promise this. I made mistake, I learnt my mistake and I wouldn’t repeat my mistake.

“Ya Allah Ya Rabb, Kau permudahkan lah jalan ku, urusan ku. Kurniakan lah hidayah dan petunjuk-Mu kepada hambaMu ini. Kau sinarilah hatiku dengan cahaya n hidayahMu. Semoga aku tidak terlalai dan tergolong dalam golongan yang rugi”

Amin ya Rabbal alamin.

Maka cukup sudah untuk malam ini. Medan perjuangan sudah menunggu. Saya harus mengorak langkah dahulu ye J

Assalamualaikum WBT.










Daisypath Graduation tickers