About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Saturday, May 26, 2012

Wajah Kesayangan Hamba

Assalamualaikum wbt

Amaran : Ini post homesick.

Marilah berkenalan dengan wajah kesayangan hamba.

SAM_0485

 

Cute isnt they? Ini adalah che dan ayah. Saya sentiasa rasa saya special di mata mereka (perasan). Sebab antara ramai2 cucu, saya lah yang paling lama dengan mereka. Saya tinggal dengan mereka sehingga saya form 1, kemudian saya pindah ke Selangor. Satu perasaan yang amat sedih. Hampir 13 tahun dibesarkan dengan mereka. Hari hari makan masakan che. Ikan bawal masam manis. Daging masak kicap. Ayam kari. Haha. Ayah hantar dan ambil saya dari sekolah. Layan telenovela dengan che petang2. Haha, ye nenek saya peminat telenovela. Daripada cerita Rosalinda, The Gardener’s Daughter, dan macam2 lagi, saya layan dengan che. Petang2, kalau ayah tak beli goreng pisang, che akan buat lempeng manis. Ataupun kuih bunga. Sangat sedap. Makan sambil minum air teh. Petang yang sangat best, sampai sekarang pun takde lagi petang yang bahagia seperti itu. Good old days. (lap air mata jap). Walaupun saya ni nakal, tapi mereka jarang marah saya. Saya pecahkan gelas, ayah akan cakap, gelas tu pun macam manusia, ada masa dia nak mati, pecah lah dia. Saya terharu sangat sebab dia sikit pun tak marah saya, jadi lepas tu saya berazam saya taknak pecahkan mana mana barang kaca dah. Masa saya form 1, saya ada projek ERT kena buat skirt. Saya kena beli barang2, che dan ayah baik sangat bawa saya pergi kedai belikan semua barang2 tu. Saya sangat rasa bersalah kerana menyusahkan atuk dan nenek saya. Mereka dah tua. Terima kasih che and ayah. Kalau saya nak tulis semua yang mereka buat pada saya, rasanya sampai esok pun tak habis. Hehe.

Maka apabila masuk form 2, saya pun pindah ke Selangor.

Tapi selepas 2 tahun, bila saya form4, Allah dekatkan balik saya pada mereka. Saya dapat tawaran ke MRSM PC di Pengkalan Chepa, Kelantan. Sekali lagi, che dan ayah la yang melayan karenah saya selama 2 tahun. Walaupun saya ni sangat mengada-ngada sehingga menyusahkan mereka, tapi saya cuma nak hiburkan mereka. Yela, duduk berdua di rumah mesti rasa sunyi sikit2. Boleh je beli iron sendiri masa outing, tapi saya suruh mereka belikan. (semata2 nak orang datang melawat) Bila che datang, bukan iron je dia bawak, biskut rokok, roti gardenia, dan macam2 lagi. Haha seronoknya. Kadang2 tu bawa buah anggur, kadang2 bawa saya beli nasi campur yang sangat sedap kat luar. Walaupun maktab boleh hantar pelajar sakit guna van maktab, saya yang mengada2 tahap dewa call nenek saya. Maka mereka bawa lah saya ke klinik. Bila boleh balik bermalam, saya pun balik tidur kat rumah che. Malam tu mesti che akan beli typicalnya nasi kerabu ayam percik Yati, ataupun nasi ayam + pelbagai kuih muih. Dan ayat che sebelum dia pergi sembahyang maghrib “habiskan lah makanan tu” dan maka saya pun habiskan lah, sampai full sangat2 dan mengantuk. Maka saya akan bangun sangat lewat keesokan hari. Masa saya nak SPM, stationary semua tu dibeli oleh nenek dan atuk saya. Mereka jelah pelawat constant saya di maktab. Kalau takde mereka, banyak sangat kesusahan yang saya akan hadapi. Sekalilagi, terima kasih che dan ayah.

Saya rindu nak duduk rumah che balik. Saya rindu nak susun barang groceries dalam kabinet lepas che balik pasar. Saya rindu nak ikut ayah pergi pos office hantar teka silang kata yang dia buat dalam surat khabar utusan. Saya rindu nak makan kek buah yang che buat. Saya rindu nak tolong belikan kelapa parut, tepung beras n telur kat kedai depan. Saya rindu semua tu.

Dan sekarang, sekali lagi, jarak memisahkan saya dengan mereka. Orang selalu kata, long distance relationship bla bla bla. Bagi saya, ini lah long distance relationship sebenar saya, walaupun beribu batu jauh, che dan ayah sentiasa dekat di hati. Segala ajaran, didikan semua saya semat dalam hati. Dan mereka tetap akan menjadi wajah kesayangan hamba ^^ Alin sayang che ngan ayah!

Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk berbakti kepada mereka suatu hari nanti.

Assalamualaikum!

6 comments:

  1. ahhh... mata enda masuk habuklah... berair2 mata enda..

    ReplyDelete
  2. ayam percik yati! nyum!!!makan masa elektif 2nd year dgn yani, pina, adrian dan ferdi. rasa mcm first time tp entah2 selama ni ayam percik yg dok dimakan kt umah che ialah ayam percik yati.

    btw sy juga pernah merasa special begitu sbb pernah stay dgn che n ayah for a few times. duduk rumah che xpernah miss minum petang. which budaya tu x ada kt rumah sendiri. definitely miss it and truly miss them!

    ReplyDelete
  3. hargailah mereka semasa ada... anak2 che ngah pun membesar di kelantan tapi xda sorang pun nak menulis.

    ReplyDelete

Daisypath Graduation tickers