Assalamualaikum, salam sejahtera ke atas kamu
Rasanya dah lama saya tak menulis. Bukan tak ada idea, tapi idea tak dapat dikembangkan. Begitu banyak draft yang ditulis dengan semangat, namun berakhir dengan hanya 1 perenggan. Last last hilang mood nak post. Hari ni pulak, mood nak menulis datang membuak buak. Nak cakap pasal apa? Nak cakap pasal banyaaaakkk benda!
Okay, let spill the bean!
KISAH UBAT BATUK CAP IBU DAN ANAK.
Ibu : Anak, ibu nak keluar ni! Tolong angkatkan kain kat jemuran tu ye. Nak hujan ni.
Anak : Baiklah ibu.
Ibu beredar. Anak bangun lalu….. ANGKAT KAIN! Tapi anak ni sangat rajin, maka dia pun tolong LIPATkan kain tu. Tapi bukan setakat lipat je, dia pun turut SIMPANkan kain yang dilipat tu dalam almari.
Ibu balik.
Ibu : Eh anak, mana kain yang ibu suruh angkat tadi?
Anak : All is done *senyum kambing* nak seposen!
Ibu : Wahh rajin anak, jom ibu belanja air blog bubble2 (yang ada bubble2 hitam tu)
Anak : Yay!
Sapa dapat teka apa yang tersirat sebalik cerita ubat batuk cap ibu dan anak ni? Aha, ibadat sunat laa Kita semua pun tahu, kita ada dua jenis ibadat ; wajib dan sunat. Ibadat sunat ni didefinasikan sebagai ibadat yang digalakkan tetapi jika tidak ditunaikan tidak mendapat dosa ^^
Cuba lihat perasaan ibu tu, dia suruh anak angkat kain je (wajib) tapi anak dia lipat, siap simpan lagi (sunat). Gembiranya ibu tu. InsyaAllah, kalau kita rajin rajinkan diri buat ibadat sunat ni, Allah akan lebih menyayangi kita. Bila Allah sayang kita, hidup kita insyaAllah akan jadi lebih tenang, lebih gembira. Kan kan kan? So it’s a win-win situation. So, ayuh kita sama sama! Sikit sikit lama lama jadi bukit! InsyaAllah (menyeru diri sendiri juga)
*senyum pun ibadah sunat taw!*
MA RABBUKA?
Ma rabbuka ni maksud dia, siapa Tuhanmu? Ada orang kata, ni soalan bocor dalam alam barzakh nanti *shivering* Namun, masa tu bukan lagi mulut yang menjawab tapi iman yang menjawab.
So, apa motif saya ni? InsyaAllah, saya, anda pembaca semua bertuhankan, ber-ilah-kan Tuhan kita yang satu, Allah. Anda semua selalu baca surah 3 kul? Surah 3 kul ni surah yang sangat famous lah kan. Masa saya kecil kecil dulu, selain al fatihah, surah 3 kul lah yang saya pandai baca. Tapi masa kecil kecil dulu saya tak faham, hanya tahu baca saja. Alhamdulillah sekarang ni saya dah tahu maksud dia. Basicly, surah 3 kul ni menceritakan atau memperkenalkan kita pada Tuhan kita, Allah. Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan? Saya tertarik denga satu ayat dalam surah al-Ikhlas,
“Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.”
Al-ikhlas : 4
Ayat ini menerangkan bahawa, tiada sesuatu pun dalam dunia ini yang boleh kita persekutukan dengan Allah. Dengan kata mudah, pergantungan kita ini hanyalah semata mata kepada Allah kerana segala sesuatu itu datang daripada Allah SWT.
Jom baca dialog ni!
1 :Siapa Tuhan kamu?
2 :Allah.
1 :Kenapa kamu buat maksiat?
2 :Kerana nafsu.
1: Tadi kamu kata Tuhan kamu Allah.
2: Tuhan saya Allah, tapi saya tidak dapat menahan nafsu saya.
1: Teeeett kamu manusia bertuhankan nafsu.
3 : Apalah kamu 2, bertuhankan nafsu.
1 : 3, kenapa shopping bag kamu banyak sangat?
3 : Oh saya kaki shopping.
1 : Perlukan semua barang2 tu?
3 : Tak, semua ni kemahuan saya saja.
1 : Tadi kamu kutuk 2 bertuhankan nafsu, kamu pun sama.
3 : Kenapa pula? Saya tak buat maksiat.
1: Eish eish eish. Kamu ingat nafsu tu maksiat sahajakah?
3 : erkk!
Sebenarnya, kita selalu merasa bahawa kita tidak pernah mempersekutukan Allah. Tapi kadang2 ada perkara yang kita tidak sedar. Nauzubillahuminzalik. Jadi, marilah kita sama sama berusaha untuk meletakkan sepenuh pengharapan dan pergantungan kepada Allah (peringatan buat diri sendiri). Apabila seseorang manusia itu mempunyai pergantungan yang penuh kepada Allah, insyaAllah dia akan terlepas dari segala belenggu.
TIDAK TENANG
Baru baru ini saya selalu rasa tidak tenang. Maka, saya pun pergi mendapatkan nasihat seorang rakan. Ternyata dia memberikan satu jawapan yang tidak terjangka. Selalunya, kawan akan cuba menyokong kita, memberi semangat. Tapi kali ini, saya mendapat pendekatan berbeza. Namun, saya bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat sepertinya, sentiasa memberi peringatan ke arahNya
So, nak tahu apa yang dia nasihatkan saya?
Nawal, meh kita share something ngan awak. Ada beberapa indicator kita harus bertaubat:
1. sedih yang tidak tahu sebabnya.
2. perasaan berat yang membebani jiwa.
3. kesulitan ekonomi.
4. perubahan orang2 atau benda2 di sekeliling.
5. apabila rasa malas untuk beribadat.
Sebenarnya, indicator harus bertaubat ni sudah dikupas dalam sesi usrah saya beberapa minggu sebelum saya mengadu pada rakan saya ini. Tetapi, saya hanya membiarkan dia berbicara tanpa mencelah sedikit pun walaupun dia hanya mengulang sesuatu yang saya sudah ketahui. Nak tahu kenapa? Kerana saya kagum dengan cara dia menyelesaikan masalah. Saya rasa malu apabila saya langsung tidak mengaplikasikan ilmu yang saya tahu apabila berdepan masalah sebegini. Namun, saya bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang mampu memperingatkan saya tentang ini. Terima kasih awak ^^ (I know you know who you are)
PELERAIAN
Haha, niat di hati ingin berbicara tentang semua benda. Tapi kekangan masa, kekangan idea membatasi niat itu. Rasanya setakat itulah dahulu. Moga jumpa di lain hari! Semoga kesilapan itu datang dari diri saya sendiri, dan kebaikan itu datang dari Allah SAW. Wallahualam.
Assalamualaikum