About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Monday, February 7, 2011

Mencari Semangat Yang Hilang :)

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum semua :D

(baca ini dengan membayangkan sy sedang angkat kedua dua tangan sy) – BAIKLAH sy mengaku bahawa saya lah manusia paling pemalas untuk mengupdate blog. Jadi, hari ini dengan kuasa saya sebagai pemilik rasmi blog ini, sy mengisytiharkan bahawa saya akan mengupdate blog ini sesuka hati saya, bila bila masa saya suka. Tiada lagi janji janji manis seperti dahulu ye J

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

OKAY, today’s topic. Hari ni, Sem 2 dah start. Saya, biasa biasa saje. Bak kata orang, semuanya kena besederhana sahaja, kan kan? Saya takut untuk semangat lebih lebih sebab saya tahu saya ni HANGAT HANGAT tahi ayam. Jadi Sem 2 ni saya decide untuk semangat biasa biasa saja. Semangat juga tu kan? AHA, okay la tu, cukup syarat. J

Saya juga dah announce pada satu dunia bahawa saya jatuh di tengah jalan hari ni. Jadi, tak perlu lah bercerita lebih lanjut mengenai itu. SATU DUNIA PUN SUDAHHH TAHU. Facebook menyenangkan komunikasi. Hehe.

Bercerita mengenai semangat saya, saya ada satu semangat yang spesifik, iaitu saya TAK MAHU JADI SLEEPING BEAUTY dah sem 2 ni. Ramai tahu, okay at least roommate saya sudah tahu bahawa saya ini kuat tido. Tido itu kebahagiaanku. Tapi sekarang ni saya harus tinggalkan dia. Dia bagus untuk kesihatan, tapi apabila dia bertindak lebih lebih, itu sudah menjadi tidak bagus. Jadi, pada malam yang sejuk bersemi ini, saya sudah berazam untuk tidak tido. Agak berjaya pada mulanya. YAY :D namun, kan saya dah cakap tadi sy ni hangat hangat tahi ayam, lalu perasaan mengantuk itu dengan tidak segan silu menjegah hati nurani saya. BUHUUUU awak jahat! Nak tahu apa terjadi selepas itu? Wahh mari mari saya ringkas kan :

Saya hampir kalah. Ohh saya terpaksa kalah malam ini. Tidak tidak saya tidak boleh kalah. Wahai diri saya, janganlah saya kalah. Tidak, saya harus mengaku kalah…………..KEKALAHAN itu sudah ketara walau tak bersuluh juga terang nampaknya kekalahan itu. TERENG TERENG TERENG *sound effect yg agak sedap* NOOOOOO!



Hehe. Ye, saya hampir tumbang, namun, jika saya tumbang, tidaklah saya menulis sekarang kan? AHAHA. Wahai pembaca bijak lagi bijaksana, saya pasti anda semua tahu kesudahannya bukan. Ye ye, saya di sini, sy menang :D DUSHHHHH kamu nafsu tido saya. I got over you tonite. Jadi, kesimpulan pengajaran moral of the story saya dapat pada malam ini…

“Wahai Nawal dan insan insan lain sekalian, kekuatan itu bukan untuk ditunggu, namun harus dicari”

OKAY?

Actually saya sungguh tiada niat untuk menulis malam ini. Tapi saya lihat ramai rakan rakan update blog mereka. Lalu hati saya secara berbunga bunga pula mahu update. Ramai rakan bercerita tentang exam result yang baru lepas. SEM 1 saya adalah rahsia diri saya. Kesedihan kekecewaan sudah saya selubung dalam selimut dan buang dalam Volga River jauh jauh. All I need to do now is to look ahead, dan strive for my future. SEM 2, here I come. I will be good to you, I sincerely promise this. I made mistake, I learnt my mistake and I wouldn’t repeat my mistake.

“Ya Allah Ya Rabb, Kau permudahkan lah jalan ku, urusan ku. Kurniakan lah hidayah dan petunjuk-Mu kepada hambaMu ini. Kau sinarilah hatiku dengan cahaya n hidayahMu. Semoga aku tidak terlalai dan tergolong dalam golongan yang rugi”

Amin ya Rabbal alamin.

Maka cukup sudah untuk malam ini. Medan perjuangan sudah menunggu. Saya harus mengorak langkah dahulu ye J

Assalamualaikum WBT.










7 comments:

Daisypath Graduation tickers