Assalamualaikum. Good day everyone :D
Whoaa, looking at the title, it seems like I'm going to tell a story about banana. Aha, yeap, that's so true. Here goes the story...
Oopsss. kejap! Can I use malay? Aha, bukan apa, cerita2 ni kalau guna bahasa sendiri lagi syokk. Baru feel..
Beginilah ceritanya, di sebuah jalan yang bernama Jalan Flora Fauna 3, ada seorang mak cik tua yang bernama Mak Cik Dhuha yang sedang menjual goreng pisang (GOT ME. it's pisang goreng lah Nawal, sia sia saja kamu belajar BM, haishhh). Sambung cerita... Makcik Dhuha selalunya dibantu oleh anaknya yang bernama Tasneem. Tasneem memang seorang kanak kanak yang rajin. Walaupun mempunyai banyak kerja rumah, dia tetap meluangkan masanya untuk menolong ibunya. Memang anak solehah. Bapanya Faris pula sibuk bekerja mengerah keringat.
WOI. MANA CERITA PISANGG???????
lek lu, lek lu. ni nak cerita lah ni. sabar itu separuh dari iman. Biar lambat, asal selamat. (aku mula merepek kembali). Maka sebelum aku mula merepek, baik aku sambung cerita. Ala, pembaca jangan merajuk. Jom jom baca lagi kat bawah.
Maka tatkala mereka sedang duduk menunggu pembeli yang tidak kunjung tiba dari tadi, meluncur lah sebuah kereta Camry putih di jalan tersebut. Maka Tasneem berfikir, pasti kereta seorang doktor. Sebenarnya sangkaan itu meleset kembali kerana ahaha aku juga tidak tahu itu kereta siapa. Streeeeeeeettttttttt~~~ (ini bunyi kereta berhenti ye) Kereta Camry tadi berhenti di bahu jalan. Maka keluarlah pemiliknya, Cik Hannan. Cik Hannan tampak tergesa gesa. Dia berjalan laju, dan berhenti di gerai Mak Cik Dhuha. Ini perbualan ringkas mereka :
Cik Hannan : Sedap nampak goreng pisang ni. Bagi 2 ringgit kak. (CIK HANNAN MELAKUKAN KESALAHAN TATABAHASA)
Mak Cik Dhuha : Memang sedap pisang goreng saya cik. 2 ringgit ye. Boleh boleh. (MAKCIK DHUHA MEMANG PENCINTA BAHASA)
Untuk meringkaskan cerita, maka Cik Hannan membayar dan berlalu dari situ. THE END.
Best tak cerita ni? -.-"
HEHE. Sebenarnya cerita ni telah diceritakan oleh seorang guru BM kepada anak-anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Taman Cikgu. Guru tersebut, Cikgu Ida telah bertanyakan satu soalan kepada murid muridnya setelah itu.
Soalannya berbunyi : Mengapakah Cik Hannan membeli pisang goreng tersebut?
Murid murid Cikgu Ida sangat responsif nampaknya. Ini antara jawapan2 mereka.
Aisyah : Sebab die lapa lah cikgu. Alang alang ade gerai, berhenti lah beli. Ayah saya pun suka beli petang2.
Nas : Tak, tak, saya rasa sebab anak dia kat rumah pesan suruh beli. Yela, macam saya, suke pesan kat ayah saya.
Dee : Korang ni tak berpandangan jauh, sebenarnye jap lagi die nak lalu tol, takde duit pecah. Jadi die pun beli pisang goreng nak pecah duit. Bijak tak saya?
Hajar : Tak kot. Korang tak perasan ke soalan cikgu ni agak tricky? Saya rasa kan, mungkin die mengantuk kot. So die berhenti kejap. Beli pisang goreng, nak buat hilang ngantuk.
Maka Cikgu Ida bergelak berguling guling mendengar jawapan mereka. Macam macam. Kemudian Cikgu Ida memandang ke arah best student yang sopan santun, Alin. Maka Alin dengan coolnya menjawab :
Soalan ni soalan KBKK kan? Macam macam jawapan kita dah dengar. Sebenarnya semua jawapan pun betul. Soalan ni terbuka, apa apa kemungkinan pun logik. It depends on how we see it. Ada orang pendapat begini, ada orang pendapat lain pula. Sama la dengan soalan ni. Pandangan orang berbeza, maka jawapan pun berbeza. Betul tak cikgu?
Hanif : Betul betul, setuju setuju :)
Maka Cikgu Ida pun tunduk tanda setuju. :D
THE END.
Okay, sebenarnye kisah pisang tadi mahu saya kaitkan dengan budaya "judging people". Mari kita semua fikir, hanya 1 soalan yang diajukan tp banyak jawapan yang diberikan. Sesungguhnya manusia sangat mudah untuk mengadili sesuatu. Terlalu banyak tanggapan, mahu baik ataupun buruk. Kita semua mempunyai pandangan masing2, dan kadangkala kite mudah untuk judge seseorang or certain situation without knowing the real thing. Alhamdulillah kite dikurniakan pancaindera mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan mulut untuk berkata. Tapi kita harus sentiasa ingat, Allah juga mengurniakan otak untuk kita berfikir di samping pancaindera yang dikurniakan. Jangan kita mudah mengadili sesuatu hanya dengan melihat atau mendengar, tetapi guna lah otak untuk berfikir. Tiada sesiapa di dunia ini yang sempurna melainkan Allah SWT. Kita sebagai manusia yang hina tidak ada hak dan tidak layak sama sekali untuk mengadili seseorang dan bersangka buruk dan berkata buruk mengenai orang itu. Maka lebih baiklah jika kita gunakan segala tenaga dan buah fikiran kita yang selama ini ligat mengadili orang untuk mengadili diri sendiri. Baikkah aku? Sudah cukup sempurna kah aku?
Apa kata kita muhasabah diri dan cuba cari kesilapan diri sndiri dan mula meperbaiki satu persatu. Dengan begitu, bukan je kte dapat elak drpd bersangka buruk, malah dapat memperbaiki diri sndiri ke arah yg lebih baik. Namun jika kita melihat rakan rakan kita membuat kemungkaran yang nyata, kita wajib menegurnya. Amar maaruf wa nahi munkar. Jika tidak mampu dengan perbuatan, gunalah perkataan. Jika masih tidak mampu, bencilah dengan hati. InsyaAllah :)
Aha, penat sudah berkata kata. Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk adalah kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri :) Wallahualam.
AHEM..credits to who?
ReplyDeletei like..
ReplyDeleteade gak masuk camry putih, doktor dan hanif.
ReplyDeleteMEKASEH...!!!
haha..cerita ini rekaan semata2.but..nice try!;p
ReplyDeletesaya : tak faham soalan
ReplyDeleteanonymous : mekaseh
enda : ahaha, sama sama :D
kak dee : kihkihkihkih. bangga tak?
makcik dhuha..cet..btw pencinta bahasa, yes! hahaha. pisang goreng ye
ReplyDelete