About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha dan Pengorbanan.

Salam Aidiladha J

Hari ni adalah hari yang dipanggil Hari Raya Aidiladha. Seluruh musliman dan muslimat menyambutnya di serata dunia.

Namun, satu persoalan yang bermain di benak fikiran saya, sejauh manakah penghayatan dan pengertian aidiladha dalam diri setiap individu? Adakah Aidiladha ini sekadar satu perayaan yang sudah menjadi budaya untuk disambut oleh seluruh muslim apabila tiba 10 Zulhijjah?

Sesungguhnya, saya sendiri adalah insan yang lemah lagi tidak berilmu untuk memperkatakan tentang ini namun, tidak salah bukan untuk menyampaikan pendapat? InsyaAllah..

Jika kita melihat dari segi nama hari ini sendiri, hari raya Aidiladha ataupun, Hari Raya Korban. KORBAN – satu perkataan yang mempunyai tafsiran berlainan dalam diri setiap individu. Lalu saya bertanyakan pada diri sendiri, apakah pengertian bagi diriku? Pada pendapat saya, korban itu membawa erti pengorbanan yang kita lakukan. Tidak semestinya kita harus berkorban binatang. Namun, dalam kehidupan kita seharian sekalipun, banyak pengorbanan yang kita boleh lakukan. Belajar juga boleh dianggap suatu pengorbanan, jika niat dan tujuan belajar itu ikhlas demi agama. Dari sedikit pembacaan yang saya lakukan, korban dari segi bahasa bermakna “dekat”. Manakala dari segi istilah korban bermaksud “menjalankan perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya”. Jika direnungkan, pengertian itu terletak dalam diri setiap individu, dan pengapliaksian itu juga terletak ke atas diri setiap individu. InsyaAllah, mari kita semua memperbaiki diri untuk menjadi muslim dan muslimah yang sejati. Aminn..

Alhamdulillah, aidiladha kali ini disambut dengan penuh kesyukuran. Walaupun aidiladha kali ini hanya disambut di dalam kelas, tapi tiada sedikit pun penyesalan ataupun terkilan terdetik di hati. Mengapa? Kerana saya tahu saya dan rakan-rakan seperjuangan sedang melakukan pengorbanan, insyaAllah. Seperti riak pula bila berkata begitu, namun insyaAllah, itu hanyalah suatu perkongsian. Suasana aidiladha di sini sememangnya jauh berbeza dengan aidiladha yang biasanya disambut di Kelantan. Walaupun kemeriahan itu sukar untuk dirasai, saya bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang menemani di hari yang mulia ini. Syukran ya akhi wa ukhti :D

Hari ni first time berbaju kurung ke kelas. Wahh, hamper semua Ruski memandang pelik terhadap kami. Terlalu berwarna warni dan berbunga bunga agaknya! Sabar jela. Tak kurang juga ramai yang memuji kecantikan kami, terutamanya golongan babushka (nenek). At least dapay juga tunjuk budaya Malaysia di sini. Yay!

Kepada seisi keluarga, ma, abah, adik, dan aimi, kakak rindu sangat kat korang!! Mesti tak best kan raya tak ada kakak? Ahahahaha. Makan sup daging, daging bakar, gulai daging, jangan lupa kakak! Wuuu, dulu tak pernah nak appreciate daging korban ni, sekarang ni teringat ingat pula. Macam nil ah manusia tak pernah bersyukur. Nawal oh Nawal..

Juga tak lupa kepada semua rakan rakan tercinta, tak kira di mana anda berada, sepupu sepapat tersayang, guru, pensyarah dan semua yang mengenali, Salam Aidiladha dari saya, Nawal Amalina binti Muhammad Asri.

Baiklah, perjuangan harus diteruskan, entry juga harus dihentikan. Till next entry! Wassalam..

p/s : Segala yang baik itu dating dari Allah dan segala yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Jom sama sama perbaiki diri!

3 comments:

  1. lalalala lilili lululuNovember 16, 2010 at 8:41 PM

    am i included in that hari raya wish? :D

    ReplyDelete
  2. alin...selamat hari raya aidiladha...!!!:)

    ReplyDelete
  3. lalalala lilili : yes :)
    hannan : selamat2 :)

    ReplyDelete

Daisypath Graduation tickers