About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Tuesday, May 22, 2012

Women and career!

Assalamualaikum wbt Smile

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menulis hari ini.

Wah, berkalibernya tajuk! Haruslah, umur penulis sudah menjangkau 20 tahun (ehem2 birthday bulan 9 okay), haruslah sudah mula berjinak jinak dalam penulisan matang sebegini, So, apa pendapat anda?

Azman : Perempuan? Huh, nak kerja? Duduk rumah jela, jaga anak.

Nik : Agak la, kalau bukan diorang, takkan kita kot nak tukar pampers anak?

Azman + Nik : HAHAHA (evil laugh)

Nawal : –_____-- “

Aiseyman, ini sudah mengundang muka menyampah. Haha. Mari Nawal terangkan Nawal’s logic kepada anda.

Kalau dilihat, sebenarnya, peranan wanita itu sendiri dalam masyarakat telah disalah anggap. Ramai yang salah faham tentang peranan wanita itu sendiri. Sehingga, timbul segelintir yang berpendapat seperti dua lelaki poyo di atas. Wanita itu kerjanya hanya duduk di rumah, masak, kemas rumah, jaga anak dan full stop. Memang benar, tugas tugas yang dinyatakan tersebut merupakan tanggungjawab wanita, namun sebenarnya peranan wanita lebih dari itu.

Jika kita ingat kembali zaman Rasulullah saw, isteri baginda sendiri, Khadijah adalah seorang businesswoman yang berjaya. Walaupun menjadi seorang wanita berkerjaya, namun beliau tidak gagal dalam menjalankan peranan sebagai seorang isteri kepada rasul. Khadijah berjaya memainkan peranan yang amat besar dalam menyokong dakwah Nabi. Selain menjadi seorang ibu yang hebat di rumah, beliau juga menjadi people behind the success of Rasulullah. Khadijah adalah satu contoh srikandi dan wanita yang harus dicontohi oleh wanita2 zaman kini.

Azman + Nik : Laahh, kalau dah kerja, bila nak didik anak2? Ada masa ke? Balik kerja dah penat.

Okay okay. Persoalan itu sangat subjektif. Mungkin ada kebenaran di sebalik statement tersebut. Jadi, kita sebagai wanita, harus sedar dan bijak dalam mem-balance-kan antara kerjaya dan keluarga. Barrier yang wujud di antara keluarga dan kerjaya itu sendiri tidak wujud sekiranya kita bijak untuk menanganinya.

Tapi, still, ada masa ke kalau pandai balance sekalipun? Kejap lagi outstation lah, overtime lah, dinner dengan boss lah.

Jom baca bawah ni!

Quantity VS Quality

Mungkin surirumah tangga sepenuhnya mempunyai kelebihan masa untuk diluangkan bersama anak2 berbanding wanita berkerjaya. Mereka dapat memerhatikan sendiri aktiviti anak2. Jadi, sebagai seorang yang tidak mempunyai kuantiti masa yang banyak bersama keluarga, kita harus mempergunakan sebaik baiknya quality time yang ada. Walaupun hanya sedikit sahaja masa yang ada untuk keluarga, namun jika kita betul betul isi masa ini dengan efektif, insyaAllah, masa yang sedikit itu dapat melengkapi waktu2 yang hilang sewaktu kita sedang bekerja.

Priority VS Unimportance

Hakikatnya, apabila sudah berkerjaya, banyak pilihan dan timbang tara yang harus dilakukan. Contohnya, ada makan2 department, dinner, karnival sukan, and etc. Jadi, dalam waktu2 begini, amat penting untuk kita membuat pro and cons serta fikir yang mana lebih priority. Wallahualam.

Haha, sebagai seorang yang masih bergelar pelajar, saya merasakan kurang layak untuk berkata2 begini, kerana  hakikatnya, saya belum pernah merasai lagi bagaimana menjadi seorang wanita yang bekerja. Namun, sebagai future wife and future doctor at the same time, saya harap tulisan ini sendiri bakal mengingati saya suatu hari nanti, dan benarlah, senang untuk berkata2, realitinya? Tepuk dada, tanya lah hati! Semoga diberi kekuatan suatu hari nanti.

Azman + Nik : InsyaAllah kami jadi suami yang memahami suatu hari nanti!

p/s : teringat kisah Sumayyah, semoga dapat jadi hebat macam dia!

pp/s : Nenek saya seorang guru. Mak saya juga bekerja. Nak jadi macam mereka juga Smile

3 comments:

  1. ble plak sy berkata-kata mcm tu....hehe

    ReplyDelete
  2. good one for the young one to say things like this! betul. teringat hasan al-banna, beliau sendiri tak punya masa yang banyak untuk duduk rumah dan melayan anak-anak tapi beliau pastikan setiap masa yang diluangkan bersama anak-anak adalah berkualiti. bagi attention bila anak bercakap, bagi respon, ambil berat n tanya khabar.

    ReplyDelete

Daisypath Graduation tickers