Assalamualaikum wbt
HEY PENDEK!
*ouchh that hurts* haha actually, menjadi seorang yang kecil comel ibarat cinderella (feel free untuk muntah) seperti saya ini, bukan mudah. Banyak benda yang terbatas. Seriously percaya lah cakap gua hehe.
Sebab kan saya kecik, saya dipandang seperti kanak2 (or maybe I really am) haha
And sometimes, kredibiliti kita diragui macam hmmm kecik je nawal yang comel ni, boleh caya ke dia buat kerja?
haaaaaa something like that lah. Tapi sebenarnya saya optimis je, jangan risau, ini bukan post emo kihkihkih
So, kalau bukan post emo, what’s the point?
My point here, setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing2. Bagi saya, tu antara kelemahan saya lah (saje buat drama touching sekejappp, harap anda terharu sobsob)
Kelemahan saya di situ. Kelemahan anda mungkin di tempat lain. Dun be ashamed of having weakness. It’s normal. Bak kata kawan saya, kelemahan kau tu lah yang buat kau special. Ececeh cheer up!
Tak percaya? Mari tanya sama itu hudhud.
An-naml : 15-26
Dalam ayat ni, ia menceritakan tentang kisah burung hud hud yang lewat menghadiri perhimpunan yang diadakan oleh Nabi Sulaiman atas alasan, ia ternampak suatu kaum di negeri Saba yang menyembah matahari.
Sebenarnya, cerita ini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk terus optimis. Kenapa kenapa kenapa kenapa?
Keranaaaaaa…. Burung hudhud ini physicalnya kecil sahaja, mungkin dia bukanlah sehebat harimau rimba. Dia bukanlah sebesar gajah. Dia juga bukan pantas berlari bak cheetah. Basically, dia hanya lah seekor burung yang kecil. Namun, dia sangat proaktif dalam mencari ruang kebaikan. Mungkin aku kecil, namun aku berjiwa besar. Dengan berbekalkan optimism pada diri sendiri, dia mengibas sayapnya, terbang tinggi dan peduli ummah (TIBA TIBA MAAF hehe).
Pengajarannya di sini di sana dan di situ, janganlah jadikan kelemahan itu sebagai batu penghalang kepada kita untuk mencapai sesuatu. Mari lah kita mencontohi burung hudhud yang begitu optimis! Katakan, saya boleh!
Terima kasih burung hudhud. Inspiring much Thank you Allah kerana memberi ilham.
p/s : kalau dalam flight, selalu tak sampai nak letak barang kat compartment atas, tapi selalu Allah hantar siapa2 je random people untuk tolong, terima kasih Allah and those random people! ^_____^
pp/s : after all, I’m happy to be a strawberry shortcake. Thankful enough, Alhamdulillah
Assalamualaikum :”>
No comments:
Post a Comment