About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Sunday, October 9, 2011

Little Thing Called “Happy”

Assalamualaikum :)

“Kalau anda gembira tepuk tangan!

Kalau anda gembira hentak kaki!

Kalau anda gembira, katakan pada saya, kalau anda gembira tepuk tangan!”

Ingat lagu ni? One of my favourite masa kecil kecil dulu. Maybe it’s yours too.

Masa kecil kecil dulu, senang kan nak happy? Kalau dapat anak patung, ke, dapat mainan baru ke, mesti sangat happy! Kalau saya dulu, dapat naik kereta pergi beli pisang goreng petang2 dengan ayah pun dah seronok lah! Lepas tu bila ayah pasang kaset dalam kereta, lagi lah happy! Itulah kanak kanak, seronok je hidup. Paling2 besar masalah pun kalau ayah tak nak belikan gula gula. Masa tu, tu lah masalah besar dunia bagi kita.

Masa kecil, hidup bahagia macam cinderella, ada ramai kawan2 yang baik macam snow white, and boleh tidur senang hati macam sleeping beauty!

seronoknya main!

Kalau dapat peluang balik ke zaman tu, mesti semua nak kan? I’m wondering, hehe.

Tapi, janji Allah, masa tu takkan boleh kita patah balik. Jadi, segala masa yang ada ni haruslah kita luangkan dengan sebaik mungkin, insyaAllah.

Okay, berbalik kepada happy ni. Bila umur makin meningkat, hidup kita yang ibarat fairytale tu lama kelamaan makin berubah jadi reality. Tsk tsk.. Banyak benda yang kita harus fikir, tak boleh jadi kanak kanak dah! Hidup pun tidak lah sehappy zaman kanak2. Namun begitu, happy tu masih ada. Tapi definisi gembira bagi orang dewasa ni berlainan daripada definisi gembira bagi kanak2.

Ada orang happy bila dia kaya.

Ada orang happy bila die pelajar terbaik dalam sekolah.

Ada orang happy bila dia selalu memakai baju yang cantik.

Ada orang happy bila dia ade teman lelaki yang hensem.

Tapi,

Ada orang tak happy bila ada orang lebih hebat daripadanya.

Ada orang tak happy bila miskin.

Ada orang tak happy kerana dia kurang menarik dan tidak terkenal.

Macam macam bukan?

Sesungguhnya manusia ini banyak ragamnya dan saya adalah salah seorang daripadanya. Dengan pelbagai masalah yang timbul, persaingan dalam komuniti, dan banyak lagi, sukar untuk kita kekal gembira dan ceria sentiasa. Akan tetapi, harus kita ingat sentiasa, this little thing called “happy” adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, insan yang bernama manusia. Sesungguhnya segala sesuatu yang wujud dan hadir di dunia ini datangnya dari Allah dan hanya Allah yang berhak menarik dan memberi perasaan tersebut kepada kita. Wallahualam.

Untuk sentiasa gembira, bukan lah material yang menjadi ukuran. Untuk menjadi gembira, bukanlah ditentukan orang rakan2 sekeliling serta persekitaran, namun untuk menjadi gembira, kita harus memiliki suatu sifat serta aset terpenting ini, iaitu, mampu untuk bersyukur Smile

Seorang pesakit kanser yang bersyukur merasakan dirinya sebagai orang terpilih kerana hanya segelintir sahaja manusia yang akan dipilih Allah untuk diberi peringatan tentang ajalnya.

Seorang wanita, walaupun tidak dikurniakan keupayaan untuk melahirkan anak, bersyukur kerana dengan kekurangannya itu, dia mampu untuk meluangkan masanya untuk melakukan kebajikan lain di jalan Allah.

Itu hanyalah sekadar beberapa contoh yang mampu saya berikan.

Jadi, kita juga harus sentiasa bersyukur dengan segala kekurangan dan kelebihan kita untuk sentiasa gembira Smile Namun begitu, janganlah anda menjadikan alasan bersyukur untuk tidak memajukan diri. Bersyukur tidak menghalang kita untuk sentiasa berusaha untuk memajukan diri!

InsyaAllah Smile

Be happy, be grateful of our life, insyaAllah our life will be as brighter as we want!

Assalamualaikum.

p/s : Realize something? This is not the new starting for me, but continuation of my blog with new spirit Smile InsyaAllah. Credit to my cousin, Dhuha Shahrain for new header!

p/s II : Antara perkara kecil yang manusia sering terlupa untuk lakukan adalah bermuka manis kepada orang lain.

3 comments:

  1. betul3...kne bsyukur, teringat2 cerite nawal pasal org buta tu...huhu

    ReplyDelete
  2. betul betul :) cute muka nawal kat header

    ReplyDelete
  3. ayu : cerita orang buta? ohh yg tu! hee :)

    hansley : kartunkan muka sendiri

    ReplyDelete

Daisypath Graduation tickers