About Me

My photo
Volgograd, Russia
I'm a 12 year old trapped in an 19 year old physique and I love pink :) Our heart is pink, and pink is a lovely colour. So, let's stick to the "fitrah" and let's make our heart a lovely heart too :D InsyaAllah.

Tuesday, May 3, 2011

Oh Sukanya Hari Ni Panas! :D


Assalamualaikum :)
*kalau jawab sayang, tak jawab dosa* geeezzzz aku pon tak tertiru Maria Elena. Hey go get your own identity la Nawal Amalina. Haha, takpela sekali sekala meniru orang.

Okay, hari ni berapa ye suhu? Oh saya pun tak tahu sebenarnya. Tapi yang pastinya hari ni panas! :) Saya sendiri tak percaya yang saya suka cuaca panas. Teringat pula zaman zaman dulu ketika aku muda remaja di Malaysia, HAHA, seringkali diri ini merungut.

"AISHHHH panas lahh harini, hujan turun laa!"

"Berpeluh berpeluh, bila la salji nak ada kat Malaysia"

"Cepatlah September 2010, saya nak fly, saya nak sejukk! Saya suka sejukk!"

Haha. Gambar kat atas tu sebenarnya bukan diambil hari ni, tapi hari ni saya pakai baju yang sama, serta tudung yang sama, dan feeling nak melompat pun sama! Bukan apa, sejuk Russia ni sejuk yang extreme. Dulu masa belajar Geografi, tak lah terbayang sampai macam ni sejuk nye. Haha penat je cikgu mengajar dalam kelas "murid2, di kutub utara dan kutub selatan, cuaca sejuk nya amat ekstrem" Okay dulu macam tak amek kesah pun. Takpela, experience is the best teacher (eh cikgu2 saya jangan merajuk, anda semua tetap terbaik!). Jadi di sini pesanan khidmat masyarakat kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya, sila lah bersyukur dengan cuaca khatulistiwa, panas dan lembab sepanjang tahun. Acehh skang dah pandai kan. Sesungguhnya kita terletak di negara strategik sekali, patut la dulu ramai sangat orang nak jajah. Oh, keranamu Malaysia!

Moral Of The Story : Manusia2 macam saya ni memang tak lari dari perasaan kurang bersyukur dengan apa sedia ada. Duduk negara panas, merungut nak sejuk. Bila dah dapat duduk negara sejuk, merengek rengek mahu panas pula. Jadi marilah diri sendiri, dan anda semua belajar untuk bersyukur :D Thank you Allah.

Actually, perkataan bersyukur ni not applicable to cuaca sahaja. Kalau kita hayati hidup seharian kita, kita manusia hamba Allah yang hina ni sangat kuat merungut. Eh, kenapa saya kecoh sangat bercerita tentang bersyukur ye harini? Ahaha sebenarnya, tadi saya terserempak dengan sorang peminta sedekah ni. Bila tengok dia, terdetik dalam hati, beruntungnya aku. Pastu saya tengok langit pulak, matahari menyilau memancar, lagi rasa beruntung. Hmm apa lagi ye yang saya nak merungut?

1. Aku ni pendek laa, banyak benda susah nak buat. Aishhh
Haih, Nawal2, tau tak dalam dunia ade orang kerdil, diorang happy je. At least kamu tu NORMAL. Diciptakan penuh sifat, tulang je tak berapa panjang. Tu la, minum susu taknak.

2. Laparnya laparnya laparnya. Taknak makan roti! Bosan dahh! Nak nasi kerabu, nak balik Malaysia!
Eish eish eish. Nawal, saudara2 kamu kat palestin makan apa? Lagi teruk dari roti okay. Rezeki dari Allah jangan dikeji, nanti rezeki kena tarik, macam mana?

3. Ala, handphone saya nih dah tak up-to-date la. Nak tukarrrrrrr! Kawan pakai canggih2.
Alahai Nawal Nawal, sepak kang. Rezeki orang nak pakai handphone canggih2, jangan jelez. Alhamdulillah. Awak ada handphone cukup nak call mak ayah okay lah kan? Kamu tu dah la buta teknologi. Ahaha.

4. Errr taappii.... TEET!

Haha cukup cukup, Cukup lah sudah kau merungut Nawal. Mak ayah saya kata, kita kena pandang orang bawah kita, baru kita bersyukur. Betul betul :) Tapi kita kena juga pandang orang atas kita, supaya kita berusaha untuk majukan diri kita juga, tapi erkk! bukan untuk lawan ye? Tak baik dengki dengki ni. :)

Okay jari jari yang selama ni menolong saya menaip ni nak pergi memasak pula. Doa doa kan lah jari saya ni melakukan kerja ngan baik harini, boleh Ayu makan sedap sedap.

^_^

Wallahualam, Assalamualaikum :D

1 comment:

Daisypath Graduation tickers