Gerard De Nerval
Assalamualaikum :)
Anda semua suka bunga? Saya pun suka bunga. Saya percaya ramai orang di luar sana menyukai bunga. Bunga ni ibarat simbol pada kecantikan alam semulajadi kita. Sekarang kat Russia dah pun masuk pertengahan spring. Tapi bunga bunga yang cantik masih belum tumbuh menghiasi bumi Volgograd ni. Sabar sabar Nawal, good things don't come in rush, so did beautiful flowers :D
Ada satu cerita, seorang wanita sangat sedih kerana tiada seorang lelaki pun pernah menghadiahi dirinya sekuntum bunga. Dia meluahkan kesedihan itu pada seorang rakannya. Rakannya dengan berhikmah menjawab,
"lihatlah sekeliling, kamu nampak bunga?"
Wanita itu mengangguk. "tapi kenapa?"
Rakannya menjawab " Kita sering mendamakan sesuatu daripada manusia, tapi kita tak sedar bahawa terlampau banyak benda yang indah telah dihadiahkan Allah kepada kita. Allah telah menumbuhkan serta memekarkan bunga bungaan yang cantik untuk kita. Bersyukurlah. Bunga itu hadiah dan kurniaan oleh Allah buat kita semua :)"
Menarik kan?
Okay laa. Sebenarnya tujuan sebenar saya tulis entry ni untuk memperkenalkan korang semua pada An An dan Alia. Ahaha, fine fine, An An dan Alia ni bunga Rose Margaret dan Halia yang ditanam oleh roomate saya yang sangat rajin, Ieka! Jom sama sama menanam. Bole tengok bunga cantik! Boleh jugak berbudi kat tanah! HEHE.
ps : An An dan Alia, cepatlahhhh tumbuh! Tak sabar nak lihat kamu. HEHE
pps : Ieka, thank youuu sebab rajin menanam, saya pun boleh menumpang tengok! HEE
ppps : Salam semua :)
i like the way you connect the lesson of life with your story. brilliant lah nawal mrs awesome! :)
ReplyDeletethanks :D
ReplyDeletetnam eppie boleh tmboh ape yek?? ummmmm~
ReplyDeleteyuscomel : boleh tumbuh bulu! HEHEHEHE
ReplyDeleteapa bunga paling cantek ???
ReplyDeletescs