Assalamualaikum :)
Okayyy. Di waktu sedang menaiki tram untuk ke latihan futsal, sambil disinari mentari pagi, ditemani pemandangan bunga-bungaan yang sangat indah (tulips, lilly etc) (TEEEETTTT NAWAL TIPUUUUUUU)
haha. KEBENARAN : Sewaktu sedang menaiki tram untuk ke latihan futsal, sambil disinari mentari pagi, ditemani pokok pokok yang masih tidak berdaun (HAA baru betul)
By the way, hari ini dah 3 April. That means spring sudah pun masuk hari ke 35 nya. Namun, masih tiada bunga pun sampai hari ni. Mana bungaaa? Mau bungaaa? Hep Nawal, jangan mengeluh. Semua ni kejadian Allah, siapalah kamu nak mengeluh? Okay baiklah insaf. Ya Allah semoga bunga bunga ciptaan Kau akan tumbuh mekar di Bumi Volgograd ini tidak lama lagi :)
Okay, saya tahu perkara perkara berkait di atas tiada kaitan ye dengan tajuk post ini. Wow tajuk yang agak bergaya serius dan matang. Aha, apakah yang bakal diperkatakan oleh diri sendiri ini? Mari sama sama baca dan fahamkan. *ayat ala ala buku teks zaman sekolah dulu*
Untuk mensimplekan ceritera saya, begini sebenarnya. Sabtu lepas, during Lecture Histology, lecturer saya iaitu Mr Valerie bertanyakan pada kami, what is mean by normal? Kami yang macam konon konon khusyuk mendengar padahal fikiran melayang ni pun macam senyap je tak menjawab. HEHEHE typical laahh tu! So Mr Valerie pun menjawab sendiri (A.K.A memberi jawapan kepada kami). Die memberi contoh, masa dia sekolah dulu, for someone to own a cell phone is rare. Memang masa die sekolah dulu pelik yang amat lah kalau ada student yang ada handphone sendiri.
So, we called it as "TAK NORMAL UNTUK MEMILIKI HANDPHONE".
Taaappiiii, nowadays, zaman kite semua ni, memang semua orang pun memiliki handphone. Kalau mula mula berkenalan tu, mesti tanya, "apa no fon awak?" Kan? kan? kan? Bukan tanya "awak ada fon?".
So, we called it as "SANGAT NORMAL LAH UNTUK MEMILIKI HANDPHONE."
Jadi kami semua pun macam jelas lah apa yang diperkatakan Mr Valerie tu pasal normal. Then, berbalik pada cerita penipuan tram saya tadi, I came up with this idea laa masa naik tram tu. Saya bertanyakan diri sendiri? So sesuatu benda tu dikatakan normal lah kalau majority buat? Yelah, macam contoh fon tadi. Lagi apa ye? Oh macam budak kecik ada facebook, normal lah kan? Adik saya yang kicik pun ade! Ni facebook die, Nurin Aimi Budak Paling Kicik Di Dunia.
TAPI! (banyak betul tapi) orang kata tak elok banyak tapi ni. Tapi saya nak tapi jugak. HEHE. Sebenarnya, normal itu majority doesn't apply in all situations! Kalau masyarakat kita memiliki mentaliti bahawasanya normal itu majority, susah laa. Why why why?
Okay, mari sini saya bagi contoh. RASUAH. Ramai kan orang buat? Jangan kata tidak, ramai okayy. So kalau orang buat, means, normal lah tu kan?Rasuah itu normal. Jadi kalau normal, apa salahnya kite buat? AHA sudah salah persepsi di sini. Rasuah tak bagus taw!
Quoting "A woman's beauty is not a gift to men - only a bribe"
Lagi lagi? Apa lagi exception untuk (NORMAL=MAJORITY) ni?
DRUGS. Oh man, cuba kira berapa ramai penagih dadah kat dunia ni? Uncountable kan? Kalau belajar English dulu, drug's addicters ni boleh masuk same golongan dengan water, sugar, sand, and etc. UNCOUNTABLE NOUNS. Memang lah ada statistik. Tapi it is just a statistik, not an exact number. Gula pun bole kira statistik kan? Volume mass boleh guna. So kalau penagih dadah ramai, hisap dadah itu normal. TEET. Tidak tidak tidak sama sekali.
это совсем не правда!
So secara konklusi nya, tak semestinya apa yang majority buat itu, boleh dikatakan normal. Bilangan itu tidak menentukan sama ada perkara yang kita buat itu baik atau tidak. Eventhough you're in BIG group, doesnt mean you're doing the right thing. So be wise and think :D
Till my keyboard is typing again. Salam :)
No comments:
Post a Comment